Friday, 19 August 2011

MALAM BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA KOLEJ.

pertandingan nasyid ini diadakan pada 19/9/2011 bersamaan hari jumaat 20 ramadhan...pada pertandingan tersebut, seramai 3 kumpulan yang mengambil bahagian iaitu 2 kumpulan lelaki dan 1 kumpulan perempuan...2 kumpulan lelaki terdiri daripada kumpulan Cendikiawan dan Soutul Hikmah, manakala kumpulan wanita pula terdiri daripada kumpulan Sumayyah..pada pertandingan itu, tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Cedikiawan, manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Soutul Hikmah. Juara pertandingan nasyid peringkat kolej dimenangi oleh kumpulan Sumayyah.Hadiah tersebut telah disampaikan oleh En Zuraimy B Abdul Ghani. Setelah selesai pertandingan nasyid tersebut, kami dialunkan bacaan suci ayat al-quran dan selepas itu kami telah berbuka bersama-sama dgn kakitangan dan pelajar kolej. Pada sebelah malam pula, kami semua berbuka puasa di kolej bersama warga kolej.Selepas itu kami solat maghrib, isya' dan terawih berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah aktiviti kami pada hari itu berjalan dengan lancar. Semoga aktiviti kami selepas ini lebih baik dari aktiviti sebelum ini. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN....

No comments:

Post a Comment